Khamis, 26 Mei 2011

Notebook 1Malaysia

BELURAN, 26 Mei -- Seramai 321 pelajar dari dua sekolah menengah di sini pada Khamis, menerima Notebook 1Malaysia daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Mereka terdiri daripada 110 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Sapi dan 211 dari SMK Telupid.

Timbalan Pengarah SKMM cawangan Sandakan Aaron Tan berkata pengagihan hari ini adalah untuk fasa kedua bagi kawasan parlimen Beluran.

Sebelum ini sebanyak 1,500 unit telah diagihkan dalam fasa pertama, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata sejumlah 49,832 unit notebook 1Malaysia akan diagihkan untuk fasa kedua bagi seluruh Sabah.

"Pengagihan Notebook 1Malaysia untuk fasa ketiga akan dilakukan tidak lama lagi bagi mencapai sasaran tiada lagi anak Sabah akan ketinggalan zaman Teknologi Maklumat (IT) dan menjadi pakar IT pada masa depan," katanya.

Terdahulu semasa berucap pada majlis itu, Tan menasihatkan pelajar terbabit memanfaatkan sebaiknya komputer berkenaan selain mematuhi tatacara penggunaan internet agar tidak melanggar undang-undang seperti Akta Komunikasi dan Multimedia.

PENCAPAIAN SMK TELUPID TAHUN 2008

Sumber : Jabatan Pelajaran Sabah

Tahniah kepada 12 sekolah di Sabah termasuk sekolah di luar bandar, yang mencatat kelulusan 100 % dalam peperiksaan STPM 2008.

Sekolah terbabit ialah :

1. SMK Narinang, Kota Belud
2. SM All Saints, Kota Kinabalu
3. Sekolah Tinggi Kota Kinabalu
4. SMK Tawau, Tawau
5. SMK Agama Tun Sakaran, Semporna
6. SM St. Mary, Sandakan
7. SM Sung Siew, Sandakan
8. SMJK Tiong Hua, Sandakan
9. SMK Kuhara, Tawau
10. SMK Weston, Beaufort
11. SMK Tungku, Lahad Datu
12. SMA Mohamad Ali, Ranau

Paling membanggakan, ada antara sekolah terbabit terletak di luar bandar - antaranya SMK Tungku, Lahad Datu.

6,128 pelajar dari sekolah kerajaan dan sekolah bantuan penuh di Sabah menduduki peperiksaan STPM 2008. Daripada jumlah itu, 88.49 % atau 5,122 pelajar, mendapat keputusan lulus penuh.

Ini satu peningkatan berbanding 87.69 % yang lulus penuh dalam STPM 2007.

Daripada 6,128 pelajar itu, 24 daripada mereka mendapat keputusan amat cemerlang iaitu 4A.

Dan lebih membanggakan, ada kalangan pelajar mendapat 4A itu bersekolah di kawasan luar bandar termasuk Rusdi Rusli dari SMK Pinggan Pinggan di Pitas yg mendapat 4A dalam Pengajian Am, Bahasa Melayu, Geografi dan Pengajian Perniagaan.

Begitu juga Redvin Bilu dari SMK Telupid, Sandakan, yang cemerlang dengan 4.00 PNGK apabila mendapat A dalam Pengajian Am, Sejarah, Geografi dan Ekonomi, manakala beliau mendapat B+ dalam Bahasa Melayu.Senarai penuh 24 pelajar mendapat 4A dalam STPM 2008 di Sabah :

1. CHIN SHI KEE - SM SUNG SIEW SANDAKAN
2. LEONG KA VUN - SMK TAWAU, TAWAU
3. MASYITA BINTI NAHAD - SMK TAWAU, TAWAU
4. SIM LEE FUI - SMK KUHARA, TAWAU
5. MOHD NAZRUL IBRAHIM - SMK SEPAGAYA LAHAD DATU
6. KENNY THEN SOON HUNG - SEK TINGGI KOTA KINABALU
7. ROSYAIMI ISMAIL - SMK ABDUL RAHIM KUDAT
8. HASTRI M NATSIR - SMK MUHIBBAH SANDAKAN'
9. SUNARTI YUSUF - SMK TAWAU, TAWAU
10. SUSANTI JAKOBUS - SMK TAWAU, TAWAU
11. KWAN SHANG ZU - SM ST PATRICK TAWAU
12. MUHAMMAD AMIR PAISAL - SMK KUNAK JAYA, KUNAK
13. AHMAD SYAHRIR ALI AKBAR - SMK ABDUL RAHIM, KUDAT
14. REDVIN BILU - SMK TELUPID, SANDAKAN
15. NOR HASYIMAH ABD. SALLEH - SMK TAWAU
16. LO SHAW PING - SMK TAWAU
17. SULAIMAN SYARIFUDDIN - SMK TAWAU
18. JUFAZLI SHI AHMAD - SMK BALUNG TAWAU
19. FATMAWATI ABDIN - SMK BALUNG, TAWAU
20. SHARON YONG PEI YEE - SM ALL SAINTS, KOTA KINABALU
21. VERANEETA DUMAT - SMK TENGHILAN, TUARAN
22. RUSDI RUSLI - SMK PINGGAN PINGGAN, PITAS
23. CHIN SIANG TIN - SM ST MARY SANDAKAN
24. CHONG FEI SUN - SM ST MARY SANDAKAN

Tahniah... Congratulations kepada semua.....