Khamis, 12 April 2012

GPS- GLOBAL POSITIONING SYSTEM

1. GPS tu apa sebenarnya?
Sistem Kedudukan Sejagat atau Global Positioning System (GPS) mempunyai nama rasmi iaitu Navstar GPS. Ia adalah satu nama kepada satu jenis teknologi yang pada mulanya digunakan dalam industri ketenteraan oleh tentera Amerika Syarikat.



Secara umumnya, teknologi GPS ialah satu pecahan daripada teknologi Sistem Navigasi Satelit Sejagat GNSS (Global Navigation Satellite System) iaitu teknologi utama dalam penggunaan navigasi satelit. GPS adalah satu-satunya sistem GNSS yang berfungsi pada waktu ini dan ia boleh digunakan secara percuma untuk menentukan kedudukan dan boleh digunakan oleh orang awam Dibawah GNSS, selain dari Navstar GPS, ada juga IRNSS yang dibangunkan oleh India, China juga membangunkan teknologinya sendiri yang dipanggil COMPASS dan negara negara di Eropah sedang giat membuat penyelidikan untuk mewujudkan GALILEO. Disamping itu, Russia juga mempunyai sistemnya yang tersendiri dipanggil GLONASS.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan