Selasa, 8 Mei 2012

JENIS-JENIS LAMAN WEB

Sebelum merekabentuk laman web, seseorang pembangun perlu mengenalpasti jenis laman web yang ingin dibangunkan. Berikut disenaraikan beberapa jenis kategori laman web. 

Komersil 
Laman web komersil ialah laman web yang menjual sesuatu barangan. Barangan yang dijual boleh jadi dalam bentuk produk atau perkhidmatan. Biasanya laman jenis ini tidak menjana pendapatan melalui iklan. 

Bisnes 
Laman web jenis ini menyediakan bantuan dan sokongan perniagaan. Web sokongan teknikal juga termasuk dalam kategori ini. 

Informasi 
Laman web yang banyak memberikan informasi dan maklumat. Umumnya laman web jenis ini tidak menjual apa-apa produk, kalau ada pun tidak dibuat secara langsung. Biasanya laman-laman web jenis ini akan disokong oleh iklan. 

Hiburan 
Laman web gua.com.my adalah salah satu contoh laman web yang berorientasikan hiburan. 

Percuma 
Laman yang menawarkan barangan atau perkhidmatan percuma. Contohnya laman web yang menyediakan tool-tool untuk kegunaan webmaster seperti PR Checker, URL Submission dan sebagainya. 

Buat Duit 
Laman web jenis ini biasanya dibina dalam bentuk satu halaman ringkas tetapi padat dengan program-program seperti pay-to-surf dan sebagainya selain mempromosikan program-program pemasaran bertingkat. 

Skim Cepat Kaya 
Laman web ini biasanya menawarkan hadiah-hadiah lumayan sekiranya anda memenuhi syarat-syarat tertentu. Laman-laman seperti ini akan menawarkan tawaran yang menarik bagi mengabui mata pengguna. Ada juga yang membuat janji tidak masuk akal seperti "siapa masuk dulu akan untung selamanya". 

Laman Web Peribadi 
Jenis laman web kegemaran ramai. Laman web jenis ini mengandungi maklumat-maklumat peribadi mengenai seseorang, cerita kisah silam, pengalaman, zaman persekolahan, dan pelbagai cerita-cerita yang ditulis pemilik web untuk tatapan umum. 

Blog Peribadi 
Sebuah jurnal peribadi yang paling popular, diari dalam talian ini bakal menggantikan laman web peribadi. Tidak seperti laman web peribadi, blog biasanya dikemaskini dengan lebih kerap, dan menggunakan template dan hos pihak ketiga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan